Hidup bagaikan sebuah perkelanaan
Diri ini bagaikan seorang musafir
Dalam perjalanan mencari gembira, mencari bahagia.
Seandainya gembira itu dapat digapai
sekiranya seronok itu dapat dicapai
bagaikan berada di puncak ancala bahagia.
Alangkah malang diri itu menyangkakan bertemu oasis
tatkala helah fatamorgana menipu jiwa yang dahaga.
Bumi ini dipenuhi entiti berjiwa kecil
yang mencari gembira dengan langgam kuning,
yang mencari bahagia dengan permainan dunia
di mana semua disediakan oleh musuhnya sendiri
sehingga terhijab pandangannya untuk melihat realiti
iaitu kebenaran yang indah khabar dari rupa
akibat lena dibuai kesenangan yang terzahir.
Adakah nilai gembira itu terletak pada permainan?
yang lambat laun menjemukan
terpaksa ia mencari permainan yang baru
untuk menghiburkan hati yang gersang.
Kepuasan yang dikejar,
semakin hari semakin jauh
walaupun lelah mengejar, namun tidak pernah menghampiri.
Andai saja gembira itu dicari dengan menghargai,
andai saja kepuasan itu dicapai dengan merasa cukup,
andai saja bahagia itu dikejar dengan mengingatiNya
nescaya kepuasan yang hakiki akan dicapainya
bertemulah dia dengan gembira yang dicari.
SEMBANG-SEMBANG
Friday, August 19, 2011
Gembira yang Dicari
Posted by rahsia hati at 9:32 AM 0 comments
Saturday, March 26, 2011
Sabar Itu Perlu Setiap Masa
Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.
Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)
Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.
Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.
" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"
Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.
Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.
Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.
Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.
Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.
Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.
Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.
Posted by rahsia hati at 4:39 PM 0 comments
Saturday, February 5, 2011
MENCARI PENAWAR HATI..
DIJAMIN BERKESAN! JOM AMALKAN!
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.
Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.
Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.
Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.
Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.
Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.
Anda mahu menjadikan hati tenang daripada resah gelisah, 5 perkara di atas adalah penawarnya....
Amalkanlah, insyaAllah berkesan... SEMOGA BERJAYA!
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.
Posted by rahsia hati at 10:27 AM 0 comments
Sunday, January 2, 2011
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Posted by rahsia hati at 9:38 AM 0 comments
Tuesday, November 30, 2010
Indahnya bulan Muharam
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya terdapat empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…,” (Q.S. al-Taubah [09]: 36).
1 Muharram 1431 H kali ini jatuh pada hari Jum’at bertepatan dengan tanggal 18 Desember 2009. Seakan tidak terasa, waktu berjalan dengan cepat, hari berganti hari, pekan, bulan, dan tahun silih berganti seiring dengan bergantinya siang dan malam. Kata Muharram berarti disucikan dan dimuliakan, sehingga Ia adalah bulan yang memiliki kedudukan yang sangat terhormat dan disucikan. Nabi Muhammad SAW bersada :“sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati: tiga bulan berturut-turut; Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Pada keempat bulan ini Allah melarang kaum muslimin untuk berperang. Dalam penafsiran lain adalah larangan untuk berbuat maksiat dan dosa. Namun bukan berarti berbuat maksiat boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Sebagaimana ayat Al Qur’an yang memerintahkan kita menjaga shalat wustha, yang banyak ahli tafsir memahami shalat wustha adalah shalat ashar. Qatadah ad-Di’amah as-Sadusi, murid Ibnu Mas’ud menjelaskan, “sesungguhnya kedhaliman pada bulan haram adalah kesalahan dan dosa yang lebih besar daripada kedhaliman yang dilakukan pada bulan-bulan yang lainnya. Meskipun kedhaliman itu secara umum adalah dosa besar, tetapi Allah membesarkan suatu urusan sesuai dengan kehendaknya.” (tafsir Ibnu Katsir)
Muharram adalah Bulan Allah
Bulan Muharram merupakan suatu bulan yang disebut sebagai “syahrullah” (bulan Allah) sebagaimana yang disampaikan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis, yang berbunyi: “ Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setalah shalat fardhu adalah shalat malam. (H.R. Muslim)
Hal ini bermakna bahwa bulan ini memiliki keutamaan khusus karena disandingkan dengan lafzhul Jalâlah (lafadz Allah). Para Ulama menyatakan bahwa penyandingan sesuatu pada yang lafzhul Jalâlah memiliki makna tasyrif (pemuliaan), sebagaimana istilah Baitullâh, Rasûlullâh, Syaifullâh dan sebagainya. Andai kita tahu hal ini, maka kau akan tersenyum akan kemuliaan, kesucian, dan kebesarannya.
‘Asyura di Bulan Muharram
Pada bulan Muharram ini terdapat sebuah hari yang dikenal dengan istilah yaumul ‘Asyura yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. Asyuro berasal dari kata asyarah, yang berarti sepuluh. Pada hari Asyuro ini, terdapat sebuah sunnah yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya untuk melaksanakan satu bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala yaitu ibadah puasa yang kita kenal dengan puasa Asyuro. Adapun hadis-hadis yang menjadi dasar ibadah puasa tersebut diantaranya: diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w, bersabda: “ Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (H.R. Bukhari dan Muslim). Ibnu Abbas ra berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as Syura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim).
Abul Laits Assamarqandi dengan meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Asyura yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10.000 Malaikat; dan barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10.000 orang haji dan umrah, dan 10.000 orang mati syahid dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu derajat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad s.a.w. dan mengenyangkan perut mereka.”
Ibnu Abbas r.a berkata: ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka Beliau bertanya : “Hari apa ini? mereka menjawab: “Ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda: “aku lebih berhak terhadap Musa dari pada kalian”. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan kaum muslimin berpuasa, mereka (para shahabat) berkata: “Ya Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani”. Maka Rasulullah pun bersabda :”Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan).“ (H.R. Bukhari dan Muslim) Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw. bersabda : “Puasalah pada hari Asyuro, dan berbedalah dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“
Baiklah, berbicara mengenai keutamaan Asyura, sahabat bertanya kepada Rasulullah: “ya Rasulullah! Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari. Rasulullah menjawab: “Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari asyura, dan menjadikan Adam juga Hawa pada bulan Asyura, dan menjadikan surga serta memasukkan Adam ke surga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura, dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura, dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura, dan Allah memberi taubat kepada nabi Adam pada hari Asyura, dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura.”
Saudaraku, andai kita tahu semuanya betapa banyak keutamaan bulan Asyura (baca: Muharram) ini. Maka saat inilah waktu yang tepat untuk meng-upgrade tabungan pahala dan melebur dosa-dosa, menjauhkan diri dari maksiat. Jangan biarkan diri kita tenggelam dalam kesenangan sesaat, yakinlah semua itu hanya lah akan mengecoh jalan kita menuju surga Allah.
Berpuasalah di Bulan Muharram
Saudaraku! kita sudah mulai melangkah untuk menuju maghfiroh Allah SWT. Ibnu Qoyyim dalam kitab Zâdul Ma’âd –berdasarkan riwayat-riwayat yang ada-, menjelaskan bahwa hari-hari yang paling dianjurkan untuk berpuasa dan ini yang paling sempurna adalah puasa tiga hari, yaitu puasa tanggal sepuluh ditambah sehari sebelum dan sesudahnya (9,10,11). Kemudian puasa tanggal 9 dan 10, inilah yang disebutkan dalam banyak hadis. Urutan ketiga, puasa tanggal 10 saja.
Puasa sebanyak tiga hari (9,10,dan 11) dikuatkan para para ulama dengan dua alasan sebagai berikut: pertama, sebagai kehati-hatian, yaitu kemungkinan penetapan awal bulannya tidak tepat, maka puasa tanggal sebelasnya akan dapat memastikan bahwa seseorang mendapatkan puasa tasu’a (tanggal 9) dan asyuro (tanggal 10).
Kedua, karena dimaksudkan untuk dimasukkan dalam puasa tiga hari pertengahan bulan. Adapun puasa tanggal 9 dan 10, dinyatakan jelas dalam hadis pada akhir hidup beliau sudah merencanakan untuk puasa pada tanggal 9. Hanya saja beliau meninggal sebelum melaksanakannya. Beliau juga memerintahkan para sahabat untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 agar berbeda dengan ibadah orang-orang Yahudi. Sedangkan puasa pada tanggal sepuluh saja, sebagian ulama memakruhkannya, meskipun pendapat ini tidak dikuatkan sebagian ulama yang lain. Secara umum, hadis-hadis yang terkait dengan puasa Muharram menunjukkan anjuran Rasulullah s.a.w untuk melakukan puasa, sekalipun itu hukumnya tidak wajib tetapi sunnah muakkadah, dan tentunya kita berusaha untuk menghidupkan sunnah yang telah banyak dilalaikan oleh kaum muslimin.
Saudaraku, jika kita sudah tahu semuanya maka berpuasalah pada bulan yang suci dan mulia ini. Dimana kita tidak akan pernah menyesal karenanya. Ia akan menghapuskan dosa-dosa kita satu tahun yang telah lalu, memberikan pahala 10.000 malaikat, pahala 10.000 orang yang naik haji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid. Mari kita berpuasa bersama dengan mengharapkan ridho Allah S.W.T. Maha besar Allah atas segala nikmatya.
Posted by rahsia hati at 11:41 PM 0 comments
Thursday, October 7, 2010
Ya Allah,jadikanlah aku hamba-Mu yang menyintai Engkau melebihi si dia..
Ya Rahman,isikan hatiku dengan cintaku kepadamu…
Ya Kuddus,jangan kau kosongkan hatiku daripada rinduku kepadamu…
Jangan sekali-kali Ya Salam…
Aku takut akan azabmu,Ya Malik..
Berikan aku sekeping hati yang kuat untuk memerangi nafsuku Ya Rahim
Kurniakan aku rasa cinta kepadamu yang melebihi rasa cinta manusia…
Di ikuti kepada Rasulmu,
Kemudian kedua ibubapaku,
Dan barulah saudaraku…
Berikan aku petunjukmu dalam kekusutan ini Ya Hakim..
Andai dia bukan ditakdirkan untukku,
Redhakan lah hatiku untuk melepaskan dia dari hatiku demi cintaku kepadamu.
Yakinkan aku tentang langkah yang akan aku ambil ini…
Jauhilah rasa menyesal tentang tindakkan aku ini…
Sesungguhnya aku yakin bahawa
Engkau sudah merencanakan sesuatu yg terbaik untuk aku…dan dia…
Tapi ,andai dia sudah di takdirkan untukku,permudahkanlah jalan jodoh kami
Jadikanlah dia khalifah terbaik bagi keluargaku dan zuriat kami…
Yang boleh membimbingku dan menjadikan aku teman berjuang di jalan-Mu..
Sesungguhnya,padamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan…
Amin Ya Rabbal-alamin….
Posted by rahsia hati at 10:54 PM 0 comments
Tuesday, July 6, 2010
Cinta umpama hadiah drpd Allah
Kita gembira dan suka bila terima hadiah
Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai drpd si pemberi??
Jawabnya, tepuk dada, tanya iman.Tentulah si pemberi kn
Malangnya, kini cinta menjadi sanjungan dalam hidup.
Sikap mengagung2kn cinta dlm nyanyian dan filem sampai ke tahap 'mempertuhankn' cinta
Media skrg memperhebatkn kuasa cinta di mana2
Lagu, filem, sejarah dll..semuanya berkisar tntg cinta..
Ada apa dgn cinta??
Cinta itu suci..mereka kotorkn dgn nafsu
Cinta itu abadi..mereka membunuhnya dgn sesuatu yg b'sifat sementara
Cinta itu tinggi..mereka menghenyaknya ke lembah hina
Cinta itu putih bersih..mereka nodai dgn dosa
Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?
Tidak, bercinta memang tidak salah
bahkn ia adlh fitrah tabi'e yg Allah kurniakn kpd setiap manusia.
Ingin cinta dan dicintai adlh naluri insani. Jika salah, masakn Tuhan mengurniakn rasa cinta?
Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Nak tahu tak cinta pon ada peraturan.Dia telah cipta peraturan demi menjaga kemurniannya
Tapi kita selalu melanggarnya, terutamanya teman2ku;remaja
Rasa cinta tak salah tapi kita selalu telanjur bila menjalinkan hbgn cinta..
hasilnya, "cinta terlarang "berlaku.
Ingatlah, fitrah akan bertukar jadi fitnah bila kita tak ikut peraturan2 Allah,
jadi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dan mendapat kemurkaanNya
Bila terlalu obses dgn cinta, kita akan lupa pada Pencipta cinta
Bagaimanakh perasaan kita agknya, bila seseorg suka sgt dgn hadiah
hingga terlupa nk b'terima kasih dgn si pemberi itu.
Siapa yg lebih penting, hadiah (cinta) atau pemberi hadiah (ALLAH)?? *Manusia akan menjadi hamba kpd apa yang dicinta
inya* -pepatah Arab-
Posted by rahsia hati at 8:00 PM 0 comments